Tuesday 29 March 2016

Pada suatu petang rabu selepas habis kelas sains pemikiran etika sosial, saya bersama-sama dengan beberapa rakan sekelas membuat keputusan untuk mengadakan lawatan ke Pesta Buku Utara yang sedangberlangsung ketika itu di Universiti Utara Malaysia.Acara ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula sejak tahun 2011 lagi. Pesta ini diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM dan telah disambut dengan meriah sekali oleh para pelajar UUM mahupun orang dari sekitar kawasan ini, misalnya saya terdengar secara kebetulan seorang guru sekolah menegah yang melawat gerai-gerai menjual buku ketika beliau sedang tawar-menawar harga buku di gerai itu. 
Khususnya apa yang saya faham dari pesta buku ini adalah ia bertujuan untuk melahirkan budaya membaca buku dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia oleh itu diadakan pesta buku yang bertempat di hadapan perpustakaan Sultanah Bahiyah bagii memudahkan akses pelajar atau akses tambahan di samping sumber yang sudah terdapat di perpustakaan. Selain daripada gerai buku, bagi membuka ruang kepada para pelajar untuk mempelbagaikan waktu mereka di samping untuk bahan bacaan, penjualan makanan dan barangan komputer mahupun kain baju juga dijual. Pesta ini juga relevan dengan pemberian baucer buku 1 malaysia kepada pelajar untuk digunakan bagi pembelian buku-buku yang digunakan. Saya pasti seperti saya pelajar lain juga akan memanfaatkan baucer di pesta ini untuk buku ilmiah ,novel mahupun filosofi. Namun begitu nasib tidak menyebelahi saya kerana saya masih belum menuntut baucer tersebut di pejabat pada hari saya melawat pesta itu oleh itu saya tidak mampu lagi membeli buku yang saya minat.
Gambar yang terdapat ini adalah antara buku-buku yang dijual di pesta buku utara di UUM. Ada sesetengah buku ini adalah stok lama dan terhad unit pengeluarannya dan hanya dapat dihargai oleh orang-orang yang minat dengannya,boleh dikatakan sesetengah buku ini adalah 'RARE' dan 'LIMITED EDITION'.
Saya sempat bergambar dengan salah satu buku yang menarik perhatian dalam pesta buku utara yang berlangsung di univeristi utara malaysia itu. Buku itu adalah mengenai benda mistikdan makhluk halus atau hantu di Malaysia dan ini sedikit menarik minat saya kerana sifat ingin tahu terhadap benda pelik semestinya amat tinggi dalam diri saya. Selain buku mengenai hantu dan perkara mistik ini terdapat sebuah lagi buku yang sangat menarik perhatian saya akan disertakan dalam gambar di bawah.
Dalam gambar saya yang membaca buku berjudul "Di manakah Tuhan" telah menarik minat saya dengan mendalam kerana dalam sebuah kelas sains pemikiran etika sosial saya pensyarah pernah bertanya sebab manusia sembahyang dan ikutkan agama dan ini seterusnya menarik minat saya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai perkara ini. Namun begitu, apa yang mengejutkan saya adalah buku ini tergolong di seksyenbacaan kanak-kanak bukan di bahagian filosofi atau pemikiran.

Secara keseluruhannya saya mendapat satu penagalaman baru dengan membuka mata saya dengan bahan bacaan yang mungkin dapat dijumpai dalam internet tetapi perasaan yang tercipta di pesta buku itu tidak dapat dicari dalam internet dan lawatan bersama rakan sekelas juga membantu mengeratkan lagi hubungan kami. Seterusnya, pesta buku ini bukan sahaja memberi manfaat kepada saya tetapi juga kepada seluruh warga uum dan juga penduduk di sekitarnya. Program atau pesta seperti ini seharusnya diadakan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan kerana ia memberikan manfaat yang tidakdapat dibilang.